THE MOMENT WE CAN'T STOP .

assalammualaikum , today taknak cite merepek-kerepek sebab cite ni sweet plus sedihh okayy :)) . nnek sayee atau yang dipanggil oleh kami MAK MELOR telah meninggal dunia pada pagi 28.2.2013. arwah merupakan seorang yang tabah menghadapi dugaan maha pencipta allah . arwah telah bergelut dengan penyakit strok sejak 2011 *rasenye laa . sejak arwah sakit , anak-anak arwahlah yang menjaga makan minum dan pakaian arwahh . anak-anak arwah memandikan arwah lebih kurang 2-3 kali seharii .arwah mempunyai 10 orang anak . satu daripadanya ialah anak angkat dan dianggap sebagai anak sendiri oleh arwah . mereka menjaga arwah dengan penuh kasih sayang tanpa sekelumit rasa terbeban punn .arwah bergelut dengan panggilan ilahi 2-3 hari sebelum tanggal 28.2.2013 . pada hari sebelum kejadian , sayee sekeluarga terdetik hati nak tido kat sana walaupun sebelum tu hanya kakak yang berniat nak tido kat sanee .malam tu boleh dikatakan meriah jugaklahh . rmai jugak yang tido kat sanee . sepupu-sepapat sayee jugak ade kat sanee . mia , ayim , beby , iwe , amir , alisa dan lain-lain lagi *lupaa .mak sedara dan pak sedara tersayang pn ade kat sanee . ayah cik , che mi , che da , dan ayah wi . offcourse mase malam tu mama dann che da tidur berdekatan dengan mak melor memandangkan mama seorang jururawat yang disegani dan che da merupakan seorang yang boleh diharap .malam itu diselangi dengan gelak ketawa apabila one of my sister terhug ayah cik . ayah cik tanpa amaran terus bertindak dan men'KUTIR' adik . *tak pasti perkataan ape yang sesuai :)) . diorang pon tibai gelak kuat-kuat . tapi mase tuu sayee tengah tido , esok baru diorang cite . heee :)) . keesokannya , pukul 5:30 pagi kami semua dah bangun . kami nak balik ke rumah masing-masing memandangkan kami sekolah dan berkerja bagi yang sudah dewasa . esoknya , semua sepupu dan adik-adik ke sekolah tapi sayee masih dirumah . malas agaknya hendak kesekolah :)). tepat jam 9 pagi*agaknya , seorang adik sayee datang memanggil sayee dan kakak untuk ke rumah mak melor . katanya mama yang suruh pegi sanee .kami bersiap dan terus kesana dengan motor . sesampainya kami disana , mak melor nampak sangat pucat . kak Huda cakap mak melor dah nazak :') hampir kesemua anak dan cucu mak melor adee . cuma yang bersekolah dan tinggal di terengganu sanee je yang takdee . sayee sebenarnya taknak nangis tapi setelah melihat ramai orang mengelilingi mak melor , sayee mula menangis . dalam kesyahduan tuu , ade yang diam seribu bahasa , adee yang membaca al-quran , adee yang mengucapkan dua kalimah syahadah di telinga kiri mak melor . suasana tuu tidak pernah sayee alami sejak 6-7 tahun dulu semasa sepupu sayee mati kemalangan . seorang demi seorang cucu mak melor yang bersekolah balik bersama keluarga merekaa . tapi sayang , Allah lebih menyayangi mak melor daripada mereka semuaa . mak melor pergi meninggalkan kami semuaa setelah hampir 10-20 minit sayee kesana . esak tangis mama mula kedengaran . ayim , sepupu sayee yang balik menaiki motor menangis teresak-esak seketika sampai . kalau hari-hari biase mungkin sayee akan berbual dengannya tapi pada hari itu , sayee lebih memilih untuk berdiam :)). ade juga sepupu sayee yang tidak menangis . bukan kerana mereka tidak sayangkan mak melor tetapi mungkin mereka seorang yang tabahh . kesedihan sayee seterusnya diselangi dengan senyuman . sudah beberapa tahun mak melor terlantar sakitt . sekurang-kurangnya selepas ini mak melor tenang disanaa . sayee pasti mak melor telah memasuki syurga kerana mak melor mempunyai rmai anak yang sangat soleh 
/solehah dan menghormatinyaa . datuk , atau dikenali sebagai tok ayah juga merupakan suami kepada mak melor . dia tampak biase tanpa linangan air mata . tapi kami semua tahu dialah yang paling sedih akan pemergian mak melor . buktinya , setiap pagi dia akan menziarahi kubur mak melor . sampai sekarang dia masih menziarahi kubur mak melor *rasanya . tok ayah mungkin tidak menangis tapi dialah yang memungkinkan mak melor untuk hidup tenang disanee . mungkin tok ayah tidak menunjukkan kasih sayangnya terhadap mak melor dikhalayak ramai tetapi keperihatinannya jelas menunjukkan kasihnya terhadap mak melor :)) that's what we call awesome husband . beberapa hari selepas itu , mak long iaitu mak sedare sayee yang tinggal di terengganu pulang . mungkin dia tidak menangis teresak-esak *menangis seperti biase ,tetapi kesanggupan dia pulang ke kelantan dari terengganu dengan anak dan cucu yang ramai jelas menunjukkan kasih sayangnya terhadap mak melor . 




p/s : semoga rohnya dicucuri rahmat . aminn :))

No comments :

Post a Comment

sini okeyy !

Followers

 

the story of me Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Angry Birds Merchandise